Assalamualaikum semua. Apa khabar semua? Semoga sihat dan sentiasa ceria. Bagi bakal pengantin perempuan yang sudah dekat tarikhnya untuk mengadakan majlis pernikahan sudah tentu ingin memastikan pemakaian untuk majlis perkahwinan atau persandingan memang cantik, bersesuaian dan dapat memberi penampilan yang lebih menawan. Sudah tentu bakal pengantin perempuan akan mula rasa lebih risau dan ingin mengetahui tips pemakaian tudung untuk bakal pengantin perempuan supaya pilihan yang dibuat memang bersesuaian dan cantik. Pemilihan tudung yang sesuai perlu diteliti dengan betul sebelum memilih untuk memakainya. Kalau pemiliha tudung yang dibuat tidak cantik ataupun tidak bersesuaian, maka ia akan merosakkan penampilan yang dingin-inginkan sebagai penhantin perempuan yang kebiasannya ingin kelihatan cantik dan menawan pada hari istimewa tersebut.
Jadi bagi mereka yang masih sedang mencari-cari idea untuk memadankan selendang yang sesuai dengan busana baju nikah atau sanding, tak perlu risau atau memikir panjang kerana untuk perkongsian kali ini, SiHijabi akan kongsikan tips pemakaian tudung untuk bakal pengantin perempuan agar kelihatan lebih cantik dan menawan. Tanpa melengahkan masa, jom ketahuinya!
Secara umumnya, tudung kebiasaannya dipadankan sedondon atau serona dengan baju. Namun ia tetap nampak serasi dengan gandingan warna lain yang seirama seperti platinum dengan ungu lembut. Selain itu, penggunaan fabrik yang sesuai juga memainkan peranan yang penting supaya ia memberi penampilan yang cantik dan nampak selesa apabila dipakai. Barulah nampak menawan ratu di singgahsana.

1) Antara perkara yang paling penting bagi bakal pengantin muslimah adalah kesempurnaan yang tercorak dengan jenis dan cara pemakaian tudung yang betul adalah ia haruslah labuh sehingga menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
2) Bagi pasangan yang bakal melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, antara perkara asas yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan tudung ialah anak tudung. Pemilihan anak tudung tersebut perlulah bersesuaian dan direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung yang bersesuaian juga memainkan peranan yang penting untuk memberi keselesaan Si Pemakai. Janganlah sehingga ternampak anak rambut yea.
3) Bagi yang masih tidak mengetahui, antara anak tudung yang menjadi kegemaran dan pilihan ramai wanita ialah jenis anak tudung mempunyai ‘awning’. Mengapa jenis anak tudung yang mempunyai menjadi antara kegemaran ramai? Ini kerana anak tudung jenis ini memang mudah dibentuk. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu untuk menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
4) Selain itu, anak tudung yang mempunyai manik yang berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula memang sesuai untuk dipakai oleh anda sekiranya mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
5) Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.
6) Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
7) Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Sementelah pula anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.

8) Untuk pemilihan fabrik, anda perlu mengetahui jenis fabrik yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis fabrik untuk dibuat pilihan tapi anda haru memastikan pilihan yang dibuat bersesuaian. Jadi apakah fabrik yang sesuai dipilih? Antara fabrik yang sesuai digunakan untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Antara faktor jenis fabrik ini diminati ramai adalah kerana sifatnya yang tidak begitu berkilatI dan lembut.
9) Penggunaan warna yang bersesuaian juga memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan atau memberikan penampilan yang menawan dan cantik. Oleh itu penggunaan warna yang lembut dan sesuai serta tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih memang antara yang paling sesuai digunakan.
10) Lagi bagus kalau anda boleh mengelakkan daripada memakai baju pengantin yang mempunyai warna menjolok mata. Warna apa yang dimaksudkannya? Warna seperti hijau serindit, merah saga dan kuning diraja. Penggunaan warna ini akan membuatkan tetamu yang hadir boleh ‘sakit mata’ sekiranya terpandangbusanamu itu.
11) Paling bagus adalah dengan memadankan baju dengan tudung sedondon kerana gabungan ini akan menambahkan penampilan yang lebih lembut dan anggun. Walau bagaimanapun anda juga boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan tidak keterlaluan.
12) Bagi yang ingin mengadakan majlis akad nikah, warna lembut seperti putih dan warna krim merupakan antara pilihan warna yang paling sesuai kerana ia akan menampakkan anda lebih suci dan menawan.

13) Jika anda menggayakan layah yang sarat dengan menggunakan hiasan jemeki atau batu permata, tudung atau mini telekung yang dipakai haruslah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan.
14) Bagi yang tidak tahu, perhiasan di layah juga tidak seharusnya terlalu sarat. Ini bagi mengelakkan bahagian kepala dan wajah anda kelihatan serabut. Remeber ‘less is more’.
15) Jika anda menyukai dan ingin memakai tiara, jangan sesekali menggayakkan tiara kecil atau separuh. Ini kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
16) Sudah tentu anda akan kelihatan lebih cantik kalau menghias layah dengan renda, namun anda perlu pastikan renda yang dipilih haruslah yang berbunga kecil. Lebih bagus kalau anda mengelakkan membuat pemilihan renda yang berbunga besar kerana renda berbunga besar akan menyebabkan bentuk wajah anda tidak seimbang.
17) Pemilihan batu permata atau jemeki yang sesuai juga perlu dititikberatkan semasa membuat pembelian. Kalau boleh cuba elakkan membeli jemeki atau batu permata yang terlalu sarat. Ini kerana hiasan yang sarat akan menyebabkan anda kelihatan seperti penari gelek dansudah anda tidak mahu dilihat sebegitu rupa.
18) Bagi sesiapa yang ingin membuat majlis pernikahan di masjid, lebih baik elakkan daripada mengenakan fesyen pemakaian yang keterlaluan. Ini bagi menghormati majlis dan tempat yang suci. Anda akan kelihatan lebih ayu dan menawan kalau mengenakan tudung yang, surely lebih tampak sopan dan ayu. Selain itu, anda kena membuat pemilihan layah yang lebih sesuai. Pemilihan layah yang sesuai adalah memilih layah yang lebih panjang dan sesuai supaya ia dapat menutup bahagian pinggul.
19) Kebanyakan daripada kita memang gemar memilih warna-warna kesukaan untuk majlis pernikahan. Antara pilihan warna memang diminati seperti biru tirus, putih mutiara, merah jambu biru ais, krim, kelabu lembut, dan ungu kundang lembut. Cara pemakaian tudung untuk majlis pertunangan memang tidak begitu berbeza dengan majlis persandingan. Ini kerana ia juga bergantung dengan pasangan bagi mendapat penampilan yang menawan dan kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah.

20) Pemakaian tudung dengan gaya yang dapat menampakkan pengantin kelihatan lebih anggun juga bergantung dengan kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Pemilihan warna yang sesuai untuk majlis persandingan adalah seperti hijau lumut, coklat, kelabu, biru gelap, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.
Jadi inilah antara tips pemakaian tudung untuk bakal pengantin perempuan yang memang dapat membantu atau memberikan idea agar mereka dapat membuat pemilihan tudung yang sesuai. Dengan pemilihan yang bersesuaian, maka penampilan mereka juga akan jadi lebih cantik dan menawan.
Bukan itu sahaja, malah mereka akan kelihatan lebih anggun dan ayu pada hari istimewa tersebut. jadi bakal pengantin yang ingin memulakan persediaan untuk pembelian tudung dan cara pemakaian tudung bersesuaian. bolehlah mengikuti tips-tips yang telah dikongsikan. Semoga info yang dikongsi bermanfaat!
