Assalamualaikum semua pada hari yang indah ini, apa-apa majlis sekalipun pun,kita kenalah selalu prepare lebih awal. Sudah pasti kita akan selalu memastikan kita akan kelihatan segak untuk kaum lelaki dan cantik ataupun menawan bagi kaum wanita sebelum menghadiri mana-mana majlis. Sama juga dengan majlis perkahwinan, persediaan perkahwinan hendaklah dirancang dengan lebih awal agar setiap tema dan kondep yang yelah kita plan dapat direalisasikan. Untuk kelihatan lebih cantik, menawan dan bersesuaian dengan majlis, sudah tentu anda harus mengetahui pemilihan tudung dan veil yang sesuai untuk majlis perkahwinan agar kelihatan padan dengan majlis.

Seperti anda semua tahu, perkahwinan melayu mempunyai beberapa majlis tertentu sebelum majlis akad nikah itu sendiri diadakan. Jadi dengan itu, kita hendaklah merancang setiap tema dan busana yg kita gayakan.
Majlis merisik kebiasaanya lebih simple berbanding majlis bertunang dan begitu juga seterusnya dan kemuncaknya adalah bersanding. Oleh itu, untuk perkongsian kali ini, SiHijabi akan berkongsi sedikit info kepada para wanita mengenai pemilihan jenis tudung dan veil yang sesuai untuk majlis perkahwinan kerana ia adalah sesuatu yang amat penting dan penampilan kitapada hari yang istimewa ini perlu diambil kira supaya kita nampak sesuai dengan majlis.
Majlis Merisik
Majlis merisik selalunya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Pemilihan tudung yang simple dan ditambah dengan sedikit perincian manik sudah memadai. Buatlah secara bersederhana tidak perlu terlalu grand pun sebab sederhana pun tetap berseri.

Majlis Bertunang
Kebiasaanya bakal pengantin akan memilih utk menggayakan veil dan shawl tetapi mempunyai design yang simple. material chiffon ataupun net sesuai digayakan dengan perincian manik dan lace yang tidak terlalu sarat. Biar nampak manis. Rona warna pastel amatlah digemari oleh bakal pengantin.

Majlis Akad Nikah
Ini merupakan majlis yang terpenting untuk anda dan ia harus diberi perhatian yang lebih. Pengantin boleh memilih untuk menggayakan veil dan shawl yang sepadan dengan baju dan mempunyai perincian manik penuh. Tetapi kalau boleh haruslah secara besederhana. Tidak terlalu keterlaluan. Kelabuhan veil juga memainkan peranan penting kerana ada pasangan yg memilih untuk berada dipelamin mini, ada yang memilih untuk duduk di bawah. Sekiranya anda duduk di bawah, pastikan kelabuhan veil tidak mengganggu keselesaan anda untuk duduk.

Majlis Bersanding
Time-time inilah antara hari yang anda akan menjadi perhatian semua tetamu yang menghadiri majlis anda. This is where tudung dan veil memainkan antara peranan yang penting agar anda kelihatan sesuai dgn make-up dan busana anda.
- Secara keseluruhannya, kesemua barang seperti tudung, veil, make up, dan busana haruslah mempunya tema yg selari.
- Ini bagi mengelakkan anda kelihatan pelik ataupun tidak berseri.
- You have to look beautiful infront of camera kerana ini akan diabadikan selamanya.
- Make sure buat pulihan yang betul, pilih tudung yang bersesuaian dengan bentuk muka anda.
- Jika anda lebih suka memakai tudung yang berbeza daripada yang kebiasaan yang dipakai ,lebih baik pastikan tudung yang dipilih bersesuaian.
- Pemilihan veil terpulang kepada pengantin kalau inginkan veil dari paras pinggang hinggalah meleret ke lantai, it is all up to you.
Bagi memudahkan anda untuk bersiap dengan teratur,adalah disyorkan kalau anda boleh menyediakan senarai semakuntuk tujuan penggayaan tudung. Antaranya:
- Tudung
- Anak tudung/ Inner neck
- Veil
- Crown
- Jarum peniti dan pin
- Kerongsang

Remember, lebih baik bawa lebih daripada kekurangan barang. Contoh barangan adalah seperti anak tudung biasa dan inner neck. If can bawa sahaja kedua-duanya sekali.
Jadi inilah antara info-info yang dapat membantu para wanita untuk mengetahui pemilihan tudung dan veil yang sesuai untuk majils perkahwinan ataupun majlis-majlis lain yang istimewa seperti majlis persandigan dan sebagainya. jadi para wanita yang ingin pemilihan yang sesuai dan membuat persiapan yang cantik tidak perlulah berasa pening atau memikir panajng untuk membuat pemilihan tudung dan veil yang sesuai. Harap info yang dikongsi bermanfaat keapada semua wanita yang ingin kelihatan cantik dan menawan pada hari-hari istimewa.