Tudung Apa Yang Sesuai Dengan Jenis Cermin Mata Anda, Jom Ketahui!!
Assalamualaikum, apa khabar semua pembaca setia SiHijabi? Semoga sihat dan mersemangat. Setiap orang di muka bumi ini sudah tentu inginkan sesuatu yang cantik lebih lebih lagi appabila ia berkenaan dengan wajah dan penampilan diri. Kecantikan diri dan penampilan diri yang menarik memang sudah menjadi antara perkara yang selalu dititikberatkan oleh golongan wanita tak kira sama ada yang masih muda ataupun yang dah berusia.Mungkin bagi sesetengah wnita yang dah berusia tidak begitu mengambil berat tentang penampilan yan cantik dan bergaya tapi kebanyakan yang dah berusia tidak melepaskan peluang untuk memastikan penampilan diri sentiasa mengikuti gaya dan kelihatan cantik.
Ada ke wanita yang tak ingin mendapatkan peampilan yang menawan. Sudah pasti korang semua nak kan. Tapi apakah yang harus dilakukan atau dibeli untuk mendapatkan penampilan wajah yang lebih menarik? Apakah aspek atau perkara yang perlu dijadikan panduan utama semasa membuat pemilihan yang sesuai agar mendapat penampilan yang bersesuaian? Untuk mendapatkan penampilan yang lebih menarik dan kelihatan cantik, sudah pasti anda perlu mempunyai jenis-jenis pakaian dan tudung yang bersesuaian.
Baju dan cermin mata yang cantik dan sesuai akan menolong anda untuk mendapat penampilan yang lebih cantik dengan mudah.Walaupun anda mempunyai pelbagai jenis tudung yang cantik, tapi cara pemakaian tudung mengikut jenis pakaian atau cermin mata juga memainkan peranan yang penting. Mungkin ada sesetengah wanita yang ingin kelihatan cantik dan menawan dengan memakai tudung yang bersesuaian tapi masih tidak dapat mendapatkan penampilan yang diinginkan hanya disebabkan cermin mata yang dipakai tidak dapat dipadankan bersama. Bagi para wanita yang ingin kelihatan menarik, penggayaan tudung atau shawl terutama sekali bagi si pemakai cermin mata kadang kala sememangnya menjadi satu cabaran. Ini kerana, ada sesetengah gaya yang ingin mereka bawa kelihatan tidak mengena dan kelihatan janggal kerana style tudung atau shawl dan bentuk cermin mata yang cuba digayakan kelihatan tidak sepadan. Wanita mana saja tidak mahu mencuba kelainan dalam bergaya bukan? Sudah tentu ramai wanita ingin mengetahui dengan lebih tepat jenis cermin mata dan tudung yang bersesuaian untuk dipadankan.

Oleh sebab itu, untuk perkongsian kali ini SiHijabi ingin kongsikan dengan anda beberapa gaya yang boleh dicuba bagi yang para wanita bagi memadankan jenis cermin mata yang bersesuaian dengan tudung. Dengan info yang dikongsi, wanita yang inginkan perubahan dengan penampilan diri, akan dapat mendapat perubahan yang lebih positif dengan menggayakan diri dengan jenis cermin mata yang sesuai dengan tudung yang bersesusaian. Tanpa melengahkan masa, jom ketahuinya!
Pemilihan Bingkai Yang Sesuai
Ini antara aspek yang perlu diambil perhatian sekiranya anda ingin mendapatkan penampilan yang lebih menarik. Ketika anda membuat pemilihan cermin mata, kalau boleh lebih baik anda memilih cermin mata yang mempunyai bingkai yang leper dan bersaiz kecil. Namun, ia agak tidak digalakkan untuk memilih bingkai yang tebal kerana ia akan membuatkan tudung menjadi seakan-akan kembang. Mesti pelik apabila anda mengabil selfie dengan muka yang kembang. Jadi pemilihan bingkai cermin mata memang sudah menjadi antara aspek yang penting. Ada yang membeli sebab branded tapi tidak membuat pemilihan bingkai yang sesuai dan akhirnya tidak mendapat penampilan yang cantik apabila memakai tudung.

Gaya Tudung Yang Sesuai
Cara penggayaan tudung juga memainkan peranan yang penting bagi anda yang memakai cermin mata. Bagi mendapatkan penampilan yang sesuai, kalau boleh cuba gayakan tudung yang jenis longgar kerana wajah anda kelihatan seimbang dengan cermin mata yang digayakan.
- Anda boleh cuba gayakan tudung kebiasaan anda pakai ketika pergi membeli cermin mata supaya ia dapat memudahkan anda untuk periksa dan menyesuaikan gaya tudung dan jenis cermin mata sebelum membeli.
Okey, selesai sedikit sebanyak tips ketika memilih cermin mata. Di sini, kami ingin kongsikan pula jenis gaya tudung yang sesuai untuk digayakan bersama cermin mata :
Tudung Yang Bersesuaian
1) Tudung bawal
Tudung bawal sememangnya tudung yang lazim dipakai. Selepas memakai tudung bawal, anda perlu memakai inner neck dan tidak perlulah memasangkan kerongsang di bahagian dagu. Kemudian, silangkan hujung tudung belah kiri ke bahu kanan anda dan hujung tudung belah kanan ke bahu kiri anda. Anda boleh pasangkan kerongsang pada tudung di bahu bagi mengekalkan kedudukan tudung. Gaya ini kelihatan santai dan mudah untuk dipakai. Senang bukan ?
Adakah anda ingin mendapat gaya penampilan yang lebih anggun dan cantik dengan tudung pilihan anda tapi memiliki kulit sawo matang? Jom ketahui warna tudung yang bersesuaian dipadankan bersama bagi anda mempunyai kulit sawo matang.

2) Shawl Chiffon
Tudung jenis ini juga merupakan kegemaran ramai para wanita. Bagi menggenakan tudung jenis shawl chiffon, inner neck diperlukan untuk gaya ini. Tapi kenapa inner neck penting untuk digayakan bersama? Ini kerana kerongsang tidak akan dikenakan di bawah dagu. Ketika mahu menggayakannya, anda harus pastikan shawl longgar ketika dililit di kepala dan kemudian pakai jarum peniti ataupun anda juga boleh juga gunakan kerongsang bagi di bahagian bawah shawl. Jadi tidaklah begitu susah pun kan untuk memakainya kan. Cara pemakaian yang betul dan sesuai akan sudah pasti membantu anda mendapat penampilan dan gaya yang cantik.

3) Tudung Pleated
Ini juga antara pemilihan tudung yang boleh meningkatkan keanggunan dan memberikan penampilan yang lebih menarik. Bagi para wanita yang inginkan gaya yang kelihatan kemas, comel dan simple. Anda boleh cuba gaya tudung pleated. Ia tidak memerlukan anda untuk menggayakan dengan lilitan yang banyak.
Cara memakainya sama seperti tudung yang lain. Tak susah pun atau complicated. Ia juga boleh dilipat dua dalam keadaan yang melintang bagi membentuk awning jika anda ingin menjadikannya seperti tudung biasa. It’s that simple right.
Adakah anda suka bergaya dan gemar mencuba pelbagai jenis gaya apabila memakai shawl? Anda boleh mendapatkan lebih banyak tips mengenai cara memakai shawl dengan style ‘Twinny’.

Jadi inilah antara tips jenis cermin mata dan tudung yang bersesuaian unruk dipadankan bersama. Dengan adanya info ini, ia serba sedikit mampu membantu atau memberikan idea yang lebih luas untuk para wanita supaya dapat pemilihan yang lebih sesuai dan tepat.
Memang ramai yang selalu mengambil masa yang agak lama hanya untuk membuat pilihan yang betul yang dapat memuaskan hati dan citarasa yang diingini. Kadang-kadang boleh mengambil masa berjam-jam hanya untuk memikir cara dan jenis tudung yang memang sesuai dipadankan agar mendapat penampilan yang lebih anggun dan kelihatan cantik. Pemilihan bingkai yang tidak bersesuaian juga tidak akan memberikan anda penampilan yang didamkan walaupun tudung yang dibeli dan dipakai amat cantik.
Adakah anda seseorang yang menitikberatkan penampilan yang lebih kemas, sopan dan cantik apabila bergaya dengan tudung bawal? Jom ketahui gaya yang bersesuaian apabila memakai bawal agar lebih kemas, cantik dan sopan.
Oleh itu dengan perkongsian ini, anda tidak lagi perlu berasa pening atau memikir panjang untuk mengetahui jenis-jenis cermin mata yang bersesuaian dipadankan bersama tudung. Anda sudah mengenali cara-cara pemilihan bingkai cermin mata yang harus dipilih agar mendapat penampilan yang cantik. Bukan itu sahaja, tahukah anda penggayaan yang tepat juga akan menambahkan tahap confidence kita?
Ya, dengan cara penggayaan yang betul, confidence level pun akan semakin meningkat. Secara tidak langsung,ia akan memudahkan keadaan bagi anda melakukan sebarang aktiviti luar. Lagi mudah sekiranya anda ingin keluar berjumpa dengan rakan-rkan atau berjumpa dengan client untuk urusan pejabat. Semoga info yang dikongsi bermafaat dan selamat mencuba!