Assalamualaikum semua pembaca setia SiHijabi, apa khabar? Semoga sihat selalu. Setiap daripada kita seudah pasti ingin kelihatan cantik terutamanya golongan wanita dan segak bagi golongan lelaki. Siapa yang tidak ingin kelihtan menawan right terutamanya semasa ingin menghadiri sesuatu majlis atau untuk sebarang majlis penting mahupun hari-hari terpenting.
Sejak kebelakangan ini, memang kembali memperkatakan mengenai dunia fesyen lelaki melayu yang semakin menarik saban tahun. Seperti wanita, para lelaki juga sentiasa memastikan pemilihan warna yang dipilih untuk dipakai sebagai baju melayu memang sesuai dan segak untuk dipakai. Pemilihan warna yang betul dan sesuai dapat menghidupkan suasana dan menceriakan keadaan.
Bukan itu sahaja, pemilihan warna yang bersesuaian juga dapat memberikan impak yang lebih positif. Antara contoh warna yang memang sesuai, unik dan juga menjadi pemilihan warna kegemaran ramai lelaki apabila memakai baju melayu adalah warna pink belacan. Mungkin ada di antara anda yang masih tidak begitu familiar dengan warna ini, tetapi baju melayu pink belacan memang digemari ramai para lelaki. Untuk perkongsian kali ini, SiHijabi akan share serba sedikit info mengenai baju melayu warna pink belacan memang digemari ramai para lelaki dan keistimewaan warna ini. Tanpa melengahkan masa, jom ketahuinya.
Mungkin ada di antara anda yang tidak mengetahui, tetapi tahukah anda yang warna pink ini tiada dalam spektrum warna? Memang sesuatu yang unik kan! Warna pink memang mempunyai keunikan dan sering dikaitkan dengan pelbagai jenis sifat dan sesiapa sahaja yang memakainya sudah tentu akan dapat menonjolkan sifat-sifat istimewanya. Warna ini sering dikaitkan dengan sifat berkasih sayang, lebih cergas, lebih sensitif dan lebih protective. Personaliti individu yang manja kebiasaannya yang akan lebih menyukai warna pink.
Pernahkah anda terfikir mengapa warna pink belacan begitu digemari? Jom ketahui keistimewaan warna pink belacan yang digemari ramai.
Kecantikan dan keunikan warna bukan sahaja diminati dan digilai oleh wanita-wanita diluar sana malah warna pink belacan juga diminati oleh golongan lelaki yang berona lembut ini. Sudah pasti anda pernah melihat segelintir golongan lelaki yang suka memakai baju pink belacan di tempat kerja ataupun di pusat membeli-belah. Untuk tahun 2021, warna pink belacan sudah pasti merupakan antara warna yang menajdi rebutan para lelaki apabila membuat pembelian baju melayu.
Jadi akhirnya sampai juga penghujungnya, inilah antara sebab dan keistimewaan pemilihan warna pink belacankerana sifat-sifatnya dan eunikan warnanya. Pemilihan baju melayu pink belacan memang digemari ramai para lelaki kerana secara tidak langsung, ia akan menambahkan kesegakan dan memberi aura yang lebih positif. Dengan perkongsian ini, maka para lelaki yang ingin memilih warna yang sesuai semasa membeli baju melayu tak perlulah pening memikir panjang pemilihan warna yang bersesuaian, just try warna pink belacan. Semoga info yang dikongsi bermanfaat.