Tahukah anda bahawa penjagaan alat sulit wanita sangatlah penting dan perlu dititikberatkan oleh setiap wanita.
Tahukah juga bahawa sekiranya anda tidak menjaga kebersihan Miss V anda, kebarangkalian untuk Miss V anda terkena jangkitan begitu tinggi.
Oleh itu, untuk artikel kali ini, Sihijabi ingin berkongsi kepada semua wanita di luar sana 6 tips untuk memastikan Miss V anda sentiasa terjaga.
Tips-tips Penjagaan Miss V
1. Kerap bersihkan vulva

Ap aitu vulva? Vulva merupakan bahagian luar kemaluan wanita dimana ianya merangkumi klitoris, Inner Labia, Outer Labia, Vagina, Urethral Opening, Vulva Vestibule serta Clitoral Hood.
Tidak seperti Miss V yang mampu untuk membersihkan dirinya sendiri, vulva sangat penting untuk dibersihkan di mana sekiranya ianya tidak dibersihkan, bakteria serta smegma (gumpalan minyak dan kulit mati) akan bersembunyi di celahan tersebut.
Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja. Anda hanya perlu mencuci bahagian tersebut dengan menggunakan sedikit sabun dan sekiranya tiada sabun, air pun boleh.
2. Gunakan sabun yang tidak berbau.

Vulva merupakan tisu yang paling sensitif di kalangan anggota badan yang lain. Jadi lebih elok jika kita mengurangkan penggunaan bahan kimia yang mampu memberikan efek yang tidak baik kepada ruangan sulit tersebut.
Oleh disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan menggunakan sabun yang berbau kerana sabun yang berbau mengandungi bahan kimia yang boleh mengakibatkan kegatalan serta alergi kepada vulva anda.
Antara sabun yang boleh anda gunakan yang tidak berbau adalah sabun Dove.
3. Menjaga pemakanan

Bak kata pepatah orang inggeris, you are what you eat. Jadi sekiranya anda menjaga pemakanan anda, ianya mampu memberi kesan positif kepada Miss V anda.
Terdapat beberapa makanan yang anda boleh amalkan untuk memastikan Miss V anda kekal sihat. Antaranya adalah dengan memakan yogurt.
Miss V anda mempunyai banyak bakteria baik yang senantiasa memastikan bakteria jahat tidak memasuki badan anda.
Jadi dengan pengambilan yogurt, ianya mampu meningkatkan lagi kekuatan bakteria baik untuk mempertahankan badan anda.
Selain itu anda juga boleh mengambil makanan seperti makanan yang mengandungi fiber yang tinggi, jus kraberi serta sentiasa minum air kosong untuk menghidrasikan tisu Miss V anda.
4. Pilih tampon yang sesuai

Kajian mengatakan bahawa sesetengah jenama tampon mengandungi bahan kimia jadi amatlah penting untuk anda mengetahui dan memeriksa jenama tampon anda.
Sesetengah tampon mengandungi bahan kimia yang dipanggil phthalates atau dikenali sebagai pengganggu endokrin di mana bahan kimia ini boleh menganggu hormone anda.
Jadi sila periksa dahulu sebelum membeli.
5. Jangan lupa menukar tampon

Menurut kenyataan daripada The American College of Obstetricians and Gynaecologists, anda perlu menukar tampon anda sekurang-kurangnya 4-8 jam sehari.
Sekiranya anda memakai tampon anda dalam tempoh yang lama, anda berkemungkinan besar akan terkena jangkitan kuman yang akan menyebabkan sakit yang teruk.
6. Dapatkan nasihat pakar

Sekiranya anda mengalami kesakitan atau pun ketidakselesaan pada bahagian sulit anda, eloklah anda membuat temujanji dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat beliau.
Di dalam dunia kesihatan, doktor yang pakar di dalam bahagian ini dipanggil Doktor Pakar Sakit Puan atau lebih dikenali sebagai OB-GYN (obstetrician-gynecologist).
Mereka ini lebih mengetahui mengenai permasalahan yang mungkin anda alami dan mereka membantu anda untuk mengatasi masalah tersebut.